Thursday, August 18, 2005

satu bayang dikesan bunyi

Aku melihat dengan empat mata,
satu bayang dikesan bunyi,
ibu juga melihat,
satu bayang ditengah kelam...
ah.. ia bergerak!
aku terpegun,
ibu jua begitu,
saling berpandang kami.

lihat, kata doktor,
ia bergerak gerak,
ini tangan, ini kepala, ini badan,
ini kurniaan tuhan,
mataku terpaku takjub,
melihat sikecil tergapai gapai,
entah apa yang yang mahu dicapai,
mungkin mahu didukung ibu.

tinggallah disitu sementara,
sehingga cukup waktu,
sehingga kau dan kami bersedia,
menerokai dunia warna warni,
sehingga hari itu dengarkanlah dulu,
suara ibu mengaji suara abah berzikir,
dengarlah suara kami bercerita,
tentang kita bertiga.

ibu bersyukur dan abah pun begitu,
menerima dengan dakapan terbuka,
kelahiran kau insan ketiga,
kami berdoa semoga semua dibawah lindunganNya,
sekali sekala sementara hari itu,
tegurlah ibumu dan abah akan meluru,
dan menyahut setiap teguranmu,
dengan cinta kasih dan rindu.

3 comments:

kingbinjai said...

yup :D

jamrihusen said...

wah, mesti anak pertama. tahniah! Ko nak letak nama apa?

kingbinjai said...

terima kasih... kalo lelaki akan ku letak nama amirul irfan kalo perempuan akan letak nama amirah amni