apabila kamu melalui hari harimu,
lengkapkan ia dengan satu pusingan,
satu pusingan dengan lima waktu,
lima waktu pada dua masa,
terlepas satu waktu dalam satu satu masa,
maka pincanglah kitaran hidupmu,
secara tidak sedar ia akan berlalu,
pergi tinggalkan kau sendiri,
pada waktu itu nanti,
apa saja yang kau lakukan,
tidak mungkin ia kembali.
apabila kamu melalui hari hari mu,
lengkapkan ia dengan satu pusingan,
satu pusingan dengan berhenti sejenak,
perhatikan wajah dihadapan,
langit biru yang berada diatasmu,
bumi nyata yang sedang kau pijak,
kerlinglah kekiri dan kekanan,
singkapkan sejenak apa yang ada,
dan kau kan lihat dengan terangnya,
daripada mata terus ke akalmu,
kebenaran berada dimana mana.
apabila kamu melalui hari hari mu,
lengkapkan ia dengan satu pusingan,
akhirkan segala apa yang kau mula,
jangan dibiarkan kosong ditinggalkan waktu,
lengkapkan satu kitaran itu,
dengan batas batas tertentu,
kerana kau tidakkan tahu apa yang mendatang,
mendung belum pasti ia kan hujan,
hujan belum tentu akan menjadi ribut,
tetapi bila ia melanda harimu,
kau kan bersedia menghadapinya.
dan apabila malam menjelma,
rehat dan senyumlah sepuasmu,
sesungguhnya pada siang tadi,
telah lengkap satu pusingan hidupmu,
tapi jangan kau lupa,
esok ada satu pusingan lagi.
Wednesday, August 03, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment