perasaan itu tidak terbatas,
ia akan melencong bagaikan cahaya,
memenuhi segala sudut,
akan bergema bagaikan suara,
berkecamuk bagaikan laut.
takdir tidak pernah berbicara,
hanya hati...
takdir umpama landasan berlepas,
yang memilih untuk terbang atau terbabas,
hanyalah hati.
tetapi syukur,
kita dimuliakan dengan akal,
dari setitis air yang hina,
darjat diangkat kerana akal,
diri terjaga jua kerana akal.
mata tidak dapat membezakan,
yang indah tetapi rujuk kehancuran,
hati tidak dapat membezakan,
antara belaian yang penuh kesamaran,
jua cita penuh kepura puraan.
ya manusia itu memang bodoh,
bukan bodoh yang biasa,
tetapi bodoh yang amat kenyal,
ya manusia itu memang bodoh,
jika tidak tahu menggunakan akal.
Wednesday, August 03, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment