Wednesday, August 03, 2005

puisi klasik

hidup biarlah ibarat lebah,
semasa hidup berusaha kuat,
setelah mati jasa berkekalan.

jangan ibarat melukut ditepian gantang,
semasa ada tiada bertambah,
semasa tiada tidak berkurangan.

menuntut ilmu biar ibarat padi,
makin meninggi makin berisi,
makin meninggi memberi bakti.

jangan ikut resamnya lalang,
makin meninggi menjulang langit,
semakin tidak memberi erti.

bersahabat biar berkekalan,
biar umpama isi dan kulit,
biar rapat seperti aur dan tebing.

jangan menjadi gunting dalam lipatan,
jangan kau tanam tebu ditepi bibir,
kelak rosaknya hati binasalah badan.

berkasih biar berpada,
ikut hati nanti mati,
ikut rasa kau kan binasa.

jangan memberi segala yang ada,
jangan sekali kau meminta minta,
tetapi terima dia seadanya.

merasa ketika ada,
beringat sebelum tiada,
berjaga sebelum kena.

biar derita biar kau sengsara,
jangan sekali kau membalas nista,
kelak bertemu hikmahnya.

bersyukurlah dengan apa yang ada,
ingatlah Allah sentiasa bersama,
tak kira dimana Dia tak pernah lupa,
hanya kita insan pelupa.

2001

note : ihlam dari seorang ustaz yang aku tak ingat namanya, terima kasih ustaz

No comments: