Wednesday, August 03, 2005

ketukan realiti

I
apakah bakal terjadi?
seandai diam adakah aku ketahui?
lalu aku tetap gagahi,
menyusur teduh jalanan pohon berduri,
wajarkah aku mengelir?
agar hidup ini berseri,
meskipun sendiri,
aku tetap syukur pada nikmat yang diberi,
walaupun jawapan itu merobok hati ini,
namun tetap jua aku ketahui,
jawapan yang pasti,
daripada aku terus ternanti nanti.

II
moleklah kekaburan,
kerana hidup dengan pasti,
daripada terang benderang,
tetapi hidup bagai mimpi,
apa salahnya pedih?
jika ia jambatan realiti,
daripada manis,
tetapi penuh dengan fantasi,
biarlah menangis deras,
tetapi sekejap,
daripada menangis tersenguk,
berpanjangan dan malap.

III
jika begitu hendakmu,
usahakanlah,
jika begitu azammu,
laksanakanlah,
sekali dulu kebahagianmu diragut,
sepuluh nanti akan datang padamu,
teruskan dibuka tabir baru itu,
semoga berjaya,
semoga terlaksana,
semua impian mu itu.

No comments: