Wednesday, August 31, 2005

Andainya

andai aku menjadi cinta,
takkan aku jadi cinta merah menyala,
sebaliknya aku,
menjadi cinta merah membara,
sehingga lebur mencipta rindu.

andai aku adalah rindu,
tidak aku rindu berdendam,
sebaliknya aku,
adalah rindu yang bebas terbang,
sehingga sampai perasaan sayang.

andai aku menjadi sayang,
bukan aku sayang selamanya,
sebaliknya aku,
sayang sepanjang hayat ku,
sehingga rebah menjadi cinta.

Tuesday, August 30, 2005

ampuni aku

Dengan namaMu yang maha pengasih,
maha penyayang dan maha terpuji,
aku menulis kata kata ini,
tanda kebesaranMu Illahi,
tanda syukur dihati.
ampunilah aku yang hina ini,
yang selalu kufur pada nikmatMu,
yang selalu lalai hingga terlupa,
pada janji diazali,
pada syurga dan neraka.
ampunilah anak anak bangsaku,
kerana mereka tidak gentar pada nerakaMu,
kerana mereka berpaling padaMu,
ampuni aku yang tidak berkuasa,
menegak panji panjiMu dihati mereka.
dengan namaMu yang maha pengampun,
maha mengasihani dan maha kaya,
kau selamatkanlah kedua ibu bapaku,
dari seksa neraka,
dari padah kesilapan aku yang hina.

Wednesday, August 24, 2005

Skizofrenia

mentari muncul sekali lagi,
hujan berhenti sekali lagi,
dan bunga itu mekar sekali lagi,
tidakkah mereka memberitahu?
yang aku tidak bernafas kaku?

aku dan suara itu,
ya suara itu,
begitu dekat sekali,
umpama berpaling berlaga muka,
sekali sekala meracun jiwa,

dengarkah kamu?
apa yang aku dengar?
aku ingin kamu melihat,
ulang tayang senario yang aku lihat,
bagaikan kaca tv didalam kotak minda,

semua ini adakah fantasi?
adakah realiti ini mimpi?
aku melihat wajah yang sama,
berbeza rupa berubah rubah,
sinis, jelik, ketawa, cebik saling bertukar rupa

lihat!
lihat itu!
bukannya kamu yang aku tahu,
bukan!
bukan kamu!

pergi!
hilangkan suara ini!
turunkan volumenya!
turun sehabis bicara,
biar sesenyap kantung bonda.

Friday, August 19, 2005

Bagai Jerebu

bagai kan jerebu,
mereka juga hilang,
menyusup pergi semua,
dan bagaikan jerebu,
datang tiada berjemput,
pergi tiada di halau.

bagaikan jerebu jua,
datang menyesak jiwa,
kerana mereka kita merasa,
bagai ditengah kotaraya,
dipenuhi jelaga,
hingga kita bernafas susah.

bagaikan jerebu itu,
yang hilang sepintas lalu,
mereka jua begitu,
tanpa salam tanpa tangan dihulur,
bukanlah terima kasih sangat diharap,
namun begitulah bila budi bagaikan asap.

Thursday, August 18, 2005

satu bayang dikesan bunyi

Aku melihat dengan empat mata,
satu bayang dikesan bunyi,
ibu juga melihat,
satu bayang ditengah kelam...
ah.. ia bergerak!
aku terpegun,
ibu jua begitu,
saling berpandang kami.

lihat, kata doktor,
ia bergerak gerak,
ini tangan, ini kepala, ini badan,
ini kurniaan tuhan,
mataku terpaku takjub,
melihat sikecil tergapai gapai,
entah apa yang yang mahu dicapai,
mungkin mahu didukung ibu.

tinggallah disitu sementara,
sehingga cukup waktu,
sehingga kau dan kami bersedia,
menerokai dunia warna warni,
sehingga hari itu dengarkanlah dulu,
suara ibu mengaji suara abah berzikir,
dengarlah suara kami bercerita,
tentang kita bertiga.

ibu bersyukur dan abah pun begitu,
menerima dengan dakapan terbuka,
kelahiran kau insan ketiga,
kami berdoa semoga semua dibawah lindunganNya,
sekali sekala sementara hari itu,
tegurlah ibumu dan abah akan meluru,
dan menyahut setiap teguranmu,
dengan cinta kasih dan rindu.

Wednesday, August 17, 2005

Merdeka kita

Untuk bangsaku tanyakan pada dirmu,
Apakah erti merdeka?
Adakah menunggu di pandang rumput?
Menyaksikan mesin yang tiada menyahut,
Berkumpul hanya mahu menyaksikan waktu bertukar,
Terpekik menjerit terlolong seperti polong,
Sedangkan kata merdeka hanya pengertian kosong,
Tolong, tolong, bangsaku masih terkongkong,
Tolong, tolong, bangsaku telah jauh terpesong,
Mengikut secara buta tuli menonong nonong,
Setelah malam berubah wajah,
Tamatlah satu lagi era,
Namun kita tetap tidak berubah,
Padang rumput itu tetap juga sama,
Hijaunya kini hilang diselimuti,
Segala macam sampah sarap tak lupa juga alat kontrasepsi!

Untuk bangsaku tanyakan pada dirimu,
Benarkah kita sudah merdeka?
sedang agama setiap hari diinjak?
Mana keadilan? Mana pembelaan? Mana perlindungan?
Mana? Mana? Mana?
Merdeka kita bagai dulu yang dikata,
Indah khabar dari rupa,
Harum semerbak mengandungi mala,
Semakin hari kita jauh menyimpang,
Adakah kamu tidak melihat?
Mana fungsi mata kurniaan Tuhan?
Mana pergi kata kata janji?
Mana hilang semua amanah yang diberi?
Yang penting bagi kita hanya hiburan,
Menjadilah kita tiada keruan,
Lupakah kita pada sejarah,
Sesungguhnya tamadun yang mementingkan hiburan,
Itulah tamadun menuju kehancuran.

Dan aku tanya lagi pada kamu apakah erti merdeka?
tanyakan pada jerebu itu kenapa menyinggah?
Tanyakan pada ribut pada hujan pada banjir,
Tanyakan pada mereka kenapa menyinggah pada kami yang merdeka?
Nyah kan mereka kalau kamu mampu,
Gunakanlah erti merdeka itu menghalau mereka,
Gunakanlah kata kata takbur mu itu,
Gunakanlah segala yang ada,
Gunakanlah apa saja ia hanya akan membawa satu makna,
Kita hanya makhluk bodoh lagi hina,
Untkuk bangsa ku tanyakan pada dirimu,
Apakah erti merdeka?
Dan kalau kamu menuding jari kepadaku,
Bertanyakan aku apakah erti merdeka?
Akan aku kata,
Merdeka kita hanya menambahkan satu lagi tanda,
Pada hampir bencana dari yang Esa!
Dan disaat itu laungkanlah kata merdeka mu,
Kerana pada ku merdeka kita,
Hanya sama seperti mentega!

Sunday, August 07, 2005

Tak apalah

Dibuat baik dibalas jahat,
tak apalah,
tak aman dia setiap saat.

berbudi kita dikejinya pula,
tak apalah,
mungkin dia tak sengaja.

diberi madu dibalas nista,
tak apalah,
sabarkan lebih mulia.

membantu dia kita dihalau pula,
tak apalah,
ia tidak kemana.

berniat baik kita difitnah pula,
tak apalah,
kita bukan buat apa apa.

menangis dia memohon maaf,
esok kita terkena semula,
tak apalah,
dah namanya manusia.

berkawan baik ditikamnya pula,
tak apalah,
tak kemana larinya,
akhirat nanti berjumpa semula kita ya!

Wednesday, August 03, 2005

kata kata

ku tujukan kata kata ini,
hanya padamu,
dari hujung dunia,
setiap detik dan masa.

ku kaitkan menjadi madah,
kata demi kata,
agar kau tahu,
segala maksudku.
ku bayangkan segala mimpi,
satu demi satu,
walaupun sepi,
tetap membawa erti.

kulukiskan menjadi potret,
warna demi warna,
indah dari peribadi,
seindah warna pelangi.

ku tujukan kata kata ini,
hanya padamu,
dari hujung dunia,
setiap detik dan masa.

demimu yang disyurga

demi mu yang di syurga,
sehaus mana ku disahara,
setimbul mana aku dilaut mati,
kerana kasih cinta pada mu disyurga,
akan aku lalui jua,
merentas padang kaca,
sehingga merangkak sekalipun,
sehingga meniarap sendi sendiku,
dan andai buta mata mataku,
akibat genggaman bara itu,
tidak akan sama terseksa jiwaku,
terlepas kasih sayangmu,
yang sejati dari syurga.

andai aku tidak menemuimu

andai aku tidak menemuimu hari ini,
ketahuilah ia bukan diatas kehendakku,
bukan jua aku sengajakan,
ia sekadar ujian,
menguji kesabaran.

andai aku tidak menemuimu hari ini,
ketahuilah tiada niat menyakitimu,
bukan jua aku sengajakan,
ia bukan bukti,pada ketidakkesetiaan.

andai aku tidak menemuimu hari ini,
engkau datanglah menemui ku,
memberikan kekuatan,
mungkin satu hari nanti,
kita bersua lagi.

ketukan realiti

I
apakah bakal terjadi?
seandai diam adakah aku ketahui?
lalu aku tetap gagahi,
menyusur teduh jalanan pohon berduri,
wajarkah aku mengelir?
agar hidup ini berseri,
meskipun sendiri,
aku tetap syukur pada nikmat yang diberi,
walaupun jawapan itu merobok hati ini,
namun tetap jua aku ketahui,
jawapan yang pasti,
daripada aku terus ternanti nanti.

II
moleklah kekaburan,
kerana hidup dengan pasti,
daripada terang benderang,
tetapi hidup bagai mimpi,
apa salahnya pedih?
jika ia jambatan realiti,
daripada manis,
tetapi penuh dengan fantasi,
biarlah menangis deras,
tetapi sekejap,
daripada menangis tersenguk,
berpanjangan dan malap.

III
jika begitu hendakmu,
usahakanlah,
jika begitu azammu,
laksanakanlah,
sekali dulu kebahagianmu diragut,
sepuluh nanti akan datang padamu,
teruskan dibuka tabir baru itu,
semoga berjaya,
semoga terlaksana,
semua impian mu itu.

diari hari

satu
...dan aku sujud penuh tawaduk,
mengakui penuh ikhlas,
diri ini milikMu,
semua semua itu milikMu.

dan aku sujud seikhlas hati,
menyatakan ikrar,
penghambaan hati,
ibadah aku hanya untukMu,

dan aku sujud penuh gentar,
adanya batu diatas aku,
ampunkan dosa dosaku,
rayuanku hanyalah padaMu.

dua
ah rindu lagi,
asyik asyik rindu,
baru 3 jam tadi berbicara,
kini rindu lagi,
nasib baik masa sudah sampai,
kini masa untuk melepaskan rindu,
bergolak riang hati ini,
sekejap lagi bakal menemui cinta hati,
sekejap ya pujuk pada hati ku,
perlu bersiap dulu,
aku sinsingkan lengan baju,
aku membuka pili air,
dan sejuk air mengalir pada muka,
pada tangan,pada dahi,pada telinga
.....dan kini kita berbicara lagi.

jika mencari cinta

jika mencari cinta,
carilah yang selalu tersenyum,
kerana ia petanda mudah,
pada pe'el suka bersedekah.

jika mencari cinta,
carilah yang merendah diri,
yang tidak suka membangga diri,
kerana spesis ini pentingkan keikhlasan hati.

jika mencari cinta,
carilah yang hormat ibu bapa,
kerana ianya satu petanda,
dia kan hormat org tua kita.

jika mencari cinta,
carilah yang mengajak kepada kebaikan,
yang melarang pada kejahatan,
sifat bertanggungjawab yang perlu diberi perhatian.

jika mencari cinta,
carilah yang menjaga solatnya,
ini satu kriteria yang baik,
kerana dia akan menjaga solatmu jua.

jika mencari cinta,
carilah yang menjaga agamanya,
kerana dia datang dengan satu package,
beriman, jujur, ikhlas, setia dan berbudi bahasa.

cerita kita

hari ini aku ingin bercerita,
bercerita tentang cinta,
tentang kehebatannya,
tentang kekuasaanya,
kehalusan seninya,
dan juga kepedihannya.

aku dapati cinta itu,
akan bertambah bila dibelai,
dan cinta itu juga,
akan hidup kembali,
setelah punah dimamah gelora,
api dendam keji dan benci.

tetapi cinta itu rapuh,
ia cepat hilang jika tersalah caranya,
ia cepat dirasuk cemburu yang melampau,
ia terlalu bergantung kepada ikhlas,jujur sabar dan percaya,
dan ia tiada makna tanpa iman kita.

tetapi ada satu cinta,
yang kebal dari bencana,
cinta yang datang dengan rahmat,
cinta yang satu walau berjuta yang serbu,
cinta yang tetap ada walau bagaimana keadaannya,
cinta yang menjamin kita selama lamanya.

isteriku

aku mempunyai seorang isteri, (bukan 2 ya satu je!!!)
manis senyuman bagi kan madu,
matanya yang besar menambat hatiku,
dialah isteri aku,
tiada yang cantik selain dia isteriku.

aku mempunyai seorang isteri, (bukan 3 ya satu je!!!)
walaupun tidak putih,
dialah seri kehidupanku,
dia gemar memandingkan dirinya,
namun bagiku tiada yang cantik selain dirinya.

aku mempunyai seorang isteri, (bukan 4 ya satu je!!!)
cantik dia padaku bagai bidadari,
bagaikan mawar dibulan may,
tiada yang setanding dirinya,
bila dia tersenyum pada ku ini.

secantik mana isteriku ini,
apakah sama perasaannya nanti,
tatkala tua datang menjengah?
aku sedar kecantikan itu akan hilang nanti,
tapi yang pasti dialah isteriku yang tercantik sekali

seutas kata

aku punyai seutas kata kata,
yang berturutan seperti tasbih,
naknya nanti kata kata ku ini,
bagaikan seribu bintang,
menyuluh sifat perjuangan kita,
dan andainya benar,
pena setajam pedang,
biarlah kata kata ku ini,
disusuli doa seluruh ummah,
membelah hancur perisai mereka,
yang derap berarak kearah kita.

persiapkan dirimu sahabat,
persiapkan untuk mara,
hentakan kakimu kebumi,
biar bergegar seluruh alam maya,
titipkan kata kata suci dibibir,
selari tasbih seluruh alam,
akan aku turut serta dengan kata kata,
berjihad sehingga titisan darah terakhir,
ingatlah apa yang telah disebut,
"sesungguhnya Aku akan datangkan kepadamu,
seribu malaikat yang datang berturut turut"

for you

you will not notice,
the difference smiles you made me,
but i do hope you notice,
that you are special to me.

you will not know,
when i ever think about you,
but i hope you know,
that no one else come close to you.

you will not remember,
the firts time we talk and laughed,
but i hope you remember,
that to me it will never be enoughed.

you will not understand,
if the silence come between us,
but i hope you understand,
that to me you are such a lovely person.

diantara

diantara duka dan bahagia,
adalah sebuah senyum,
yang terukir manis dibibir,
lambang keteguhan jiwa,
disalut sabar tidak bertepi.

diantara pendam dan luahan,
tiada lain si air mata,
setitik seumpama seribu bahasa,
bercerita tanpa berkata kata,
ilham Illahi untuk kita.

diantara buruk dan baik,
terangkat maruah dengan akal,
anugerah istimewa dari yang esa,
lambang keutuhan iman,
tanda keberkatan ilmu didada.

diantara fikiran dan hati,
sebuah pengantar bernama lidah,
bercerita tentang segalanya,
terkadang lembutnya dari gusi,
adakala tajam dari sembilu.

diantara niat dan perbuatan,
ditengahnya akal,
yang membataskan segala perkara,
antara buruk dan baik,
lambang pada keperibadian.

aku dan manusia

aku,
telah lama berada disini,
didunia ini,
dari sebelum masihi,
dari selepas masihi.

aku,
telah menjadi sebati,
pada bumi ini,
sakitnya aku rasai,
girangnya jua aku rasai.

aku,
telah melihat dari semua segi,
kehancuran bumi yang indah ini,
peperangan yang tiada henti,
telah menghidu semua jenis,
asap racun dan toksid,
kematian yang sungguh ngeri,
perbalahan dan perlumbaan,
untuk menakluki untuk menjadi,
yang terkuat antara semua,
dari spesis bernama manusia.

aku,
kini harus kembali,
ke tempat asal ku,
sebuat planet yang kering,
sebuah planet yang asing.

aku,
menceritakan semua,
kepada kaumku tentang manusia,
kepada maharajaku tentang mereka,
menghancurkan bumi yang indah.

aku,
tunduk membisu,
apabila maharaja menanyaku,
mengapa mereka begitu?
menghancurkan bumi yang indah itu?

lalu aku mendongak,
seraya berkata,
kerana mereka,
...adalah manusia.

semut I

hari hari ada semut,
setiap waktu dan masa,
perlukah dibunuh semut semut itu?
yang selalu saja menganggu?
mungkinkah jua ia salah ku?
makan berterabur disini situ?

hari hari ada semut,
setiap waktu dan masa,
walau sudah disapu bersih,
segala sisa makanan yang terlebih,
ia tetap ada masih,
bagaimana ini sih?

hari ini tidak ada semut,
kerana setahun lepas aku ke kedai,
membeli sebotol ubat semut,
susah juga nak pakai,
kenapa plak susah?
yela kene suap sekor sekor tu pasal la setahun baru habis,
maunya tak susah!!!!

semut II

apakah yang berdentam berdentum itu?
bergegar seluruh alam maya ku,
sisemut terpinga pinga,
atap atap sarangnya bertaburankan tanah,
menimbus mati sahabat sahabatnya,
tiba tiba ruang ruang koloni itu,
dibasahai air setiap penjuru,
"tolong tolong aku tak reti berenang!"jerit kawanya,
apa daya dia,
sekadar si semut,
berusaha dia melobos kan diri dari bencana,
setiba dipermukaan,
diperlihatkan sekelompok manusia,
membuat onar,
membakar, menyembur racun dan merosakkan rumahnya,
diketip geram sepit sepitnya,
dipandang sekeliling,
dilihat masih ramai sahabat sahabat,
dengan penuh amarah,
dia melancarkan perang,"serang!!!" jeritnya,
lalu merayap semut semut itu,
menggigit dan menggigit kaki kaki manusia itu,
namun apakan daya,
mereka hanyalah semut,
habis semuanya mati diramas ramas,
namun mereka puas,
melihat kaki kaki itu merah dan mengelupas!

i wish you

i wish to you the sun and the sky,
the moon and the star if i might,
entire planet around the universe,
i wish you heaven and earth.

all the happiness in my life,
the joy the love and the smile,
all entirely i wish it all,
just for you to stand tall.

i wish you all the vibes,
all the songs and the rhymes,
harmony and symphony,
i wish to you entirely.

gembrot

katanya dulu,
perjuangan ini untuk agama,
perjuangan ini untuk bangsa,
perjuangan ini untuk negara,
lalu kita bagai terkukur mengikut kata,
gembrot.

katanya dulu,
dokongan perjuangan untuk kita,
martabat kita dijulang dijaga,
menjana kehidupan lebih selesa,
namun harum semerbak mengandungi mala,
gembrot!

katanya kini,
kemajuan sama kita nikmati,
adakah begitu telah terjadi?
tetap susah semakin susah,
bagaikan gajah terum ditengah rumah,
gembrot!!

katanya kini,
kita menjunjung agama,
namun pembelaan untuk kita semakin tiada,
dua mukjizat dulu dibiarkan terpinggir,
umpama alim bagai katak ditepi air,
gembrot!!!

Aishiteru

Aishiteru,
tidak seperti embun dihujung rumput,
tetapi seperti kapas yang dibusur,
jua seperti pungguk rindukan bulan.

Aishiteru,
tidak seperti saga diatas tilam,
tetapi seperti raja dan menteri,
jua seperti beliung dengan asahan.

Aishiteru,
tidak seperti arang habis besi binasa,
tetapi bagai bulan dipagar bintang,
jua seperti harta pulang ke tuan.

Aishiteru,
tidak seperti bakar tiada berapi,
tetapi seperti direbus tidakkan empuk,
jua seperti kasih sepantun tulisan pinggan.

Aishiteru,
tidak seperti kecek sianak melaka,
tetapi seperti ditolak tidakkan tumbuh,
jua seperti menjangkau sehabis tangan.

Aishiteru,
tidak seperti mengadu air dengan garam,
tetapi seperti bulan dimakan rahu,
jua seperti retak pertujuh pada perawan.

amalan kita (insyaAllah)

Mulakanlah harimu,
dengan kalimah Bismillah,
insyaAllah,
rahmat dari yang Esa.

Mulakanlah langkahmu,
dengan langkah yang kanan,
insyaAllah,
tanda keberkatan.

Apabila melihat temanmu,
berikanlah senyuman,
insyaAllah,
pahala sedekah dalam bahagian.

Mulakan bicaramu,
dengan kalimah
Assalammualaikum,
insyaAllah,
sejahtera kembali kepadamu.

Akhirkanlah segala aktivitimu,
dengan kalimah Alhamdulillah,
insyaAllah,
tergolong dalam yang bersyukur.

puisi klasik

hidup biarlah ibarat lebah,
semasa hidup berusaha kuat,
setelah mati jasa berkekalan.

jangan ibarat melukut ditepian gantang,
semasa ada tiada bertambah,
semasa tiada tidak berkurangan.

menuntut ilmu biar ibarat padi,
makin meninggi makin berisi,
makin meninggi memberi bakti.

jangan ikut resamnya lalang,
makin meninggi menjulang langit,
semakin tidak memberi erti.

bersahabat biar berkekalan,
biar umpama isi dan kulit,
biar rapat seperti aur dan tebing.

jangan menjadi gunting dalam lipatan,
jangan kau tanam tebu ditepi bibir,
kelak rosaknya hati binasalah badan.

berkasih biar berpada,
ikut hati nanti mati,
ikut rasa kau kan binasa.

jangan memberi segala yang ada,
jangan sekali kau meminta minta,
tetapi terima dia seadanya.

merasa ketika ada,
beringat sebelum tiada,
berjaga sebelum kena.

biar derita biar kau sengsara,
jangan sekali kau membalas nista,
kelak bertemu hikmahnya.

bersyukurlah dengan apa yang ada,
ingatlah Allah sentiasa bersama,
tak kira dimana Dia tak pernah lupa,
hanya kita insan pelupa.

2001

note : ihlam dari seorang ustaz yang aku tak ingat namanya, terima kasih ustaz

mutiara kata

kalau hari ini hujan,
esok mentari bersinar lagi,
kalau malam ini tak siap,
esok masih menanti,
kalau susah kita hari ini,
mungkin esok senang kembali,
kalau bersedih kita hari ini,
esok senyum lagi,
walau apa pun yang terjadi,
bersyukurlah pada illahi,
kerana dipagi yang indah ini,
dapat kita bernafas lagi.

lupakah pada pompeii?

lupakah pada pompeii?
lupa atau tidak tahu?
ingatkah pada pompeii?
tidak ingat atau tidak tahu?

lupakah pada pompeii?
lenyapnya bukanlah tanpa bersebab,
berdirinya dulu kerana nafsu,
berasas dan bersendikan mithra
,kini lenyap menjadi debu.

ingatkah pada pompeii?
lenyapnya bukanlah tanpa bersebab,
kerana vesivius yang disebelah kanan,
malapetaka yang datang tiba tiba,
bagai masa telah dibekukan.

lupakah pada pompeii?
satu bencana yang sukar difahami,
"tidak ada siksaan diatas mereka,
melainkan satu teriakan saja,
maka tiba tiba mereka semuanya mati."

ingatkah pada pompeii?"
sesungguhnya kami hantarkan,
kepada mereka satu pekikan,
lalu menjadilah mereka hancur,
seperti ranting dan daun yang pecah hancur."

biarkan aku lena sekejap

biarkan aku lena sekejap,
baru sahaja melihat dunia,
terlalu luas rasanya,
letih dalam dakapan bonda.

biarkan aku lena sekejap,
seharian menuntut ilmu,
terlalu banyak yang perlu ditahu,
semuanya berguna untuk ku.

biarkan aku lena sekejap,
seharian mencari rezeki,
menggerakkan tulang empat kerat,
untuk sesuap nasi.

biarkan aku lena sekejap,
semalaman aku berjaga,
meredakan tangis zuriatku,
semoga nanti menjadi cahaya untukku.

biarkan aku lena sekejap,
sementara menunggu kalian,
untuk bersama sama melangkah,
menghala ke padang masya'

Tuhan

Tuhan...
terima kasih kerana masih menaruh belas,
meminjamkan nafas ini,
walaupun aku berdosa,
padaMu dan pada diri sendiri.

Tuhan...
terima kasih kerana masih menaruh belas,
tidak memutuskan nafas ini,
untuk aku yang masih,
menipu diri sendiri.

Tuhan...
terima kasih kerana masih menaruh belas,
meminjamkan nafas ini,
kerana masih memberi waktu,
untuk aku sujud taubat padaMU

aku rindu

padamu yang jauh,
seperti awan dihujung sana,
yang membiru dan memutih,
bagaikan kekwa ditengah laman,
pada tangan yang menghiasi,
hijau laman yang terbentang,
seperti itu hati ini,
setelah hadir kasih dan sayang.

padamu yang ikhlas,
membaja subur rindu ini,
pada senyum yang menghiasi,
bagaikan bintang bintang,
menyinari kelam malam,
bagai bulan terang,
seperti itu hati ini,
setelah hadir kasih dan sayang.

padamu yang jauh,
padamu yang ikhlas,
padamu itu,
aku rindu....
kepadamu,
aku rindu...

embun jiwa

duka itu indah,
seindah malam dihiasi bintang,
disitulah kita disedarkan,
bahawa kita insan yang lemah.

duka itu kasih,
kasih yang amat kita benci,
namun ia adalah suci,
kerana ia menabahkan hati.

duka itu cinta,
ia anugerah dari yang Esa,
untuk kita yang selalu lupa,
untuk kita mengingatiNya.

duka itu kawan,
tidak terlihat oleh mata,
tidak didengar oleh telinga,
memberi nasihat kepada jiwa.

duka itu hasrat,
memberi kita harapan baru,
menghadiahkan kita sinar bahagia,
kasih dan sayang daripadaNya.

duka itu pintu,
yang membuka lembaian baru,
yang menutup kisah lalu,
ang menyuruh kita maju.

duka itu pohon,
untuk kita duduk berteduh,
daripada terus rasa terluka,
dengan memohon pada yang Esa.

duka itu bintang,
setitik cahaya ditengah kelam,
setitik harapan ditengah gelora,
satu permulaan kepada bahagia.

duka itu embun,sesejuk si air mata,
menguatkan jiwa untuk berdoa,
yang mendekatkan kita kepadanya.

semanis senyuman - tribute to akak manis

bukan kata kata indah,
yang sangat aku harapkan,
cukuplah sekadar bahasa,
yang biasa tanpa madah,
tetapi bermakna untuk selamanya.

bukan harta benda,
yang sangat aku harapkan,
cukuplah sekadar sederhana,
yang biasa tanpa megah,
tetapi teduh hidupku sentiasa.

bukan bukti bukti,
yang sangat ku pinta,
cukuplah sekadar ikhlas,
yang biasa tanpa kiasan,
tetapi teguh kepercayaan.

bukan pujangga indah,
yang sangat aku harapkan,
cukuplah sekadar bahasa,
yang biasa tanpa memuja,
tetapi manis semanis senyuman.

mencari damai dihati - tribute to wakiki

aku mencari damai dihati,
Tuhanku,
tenangkanlah gelora ini,
tenteramkanlah ribut ni,
sesungguhnya aku kalut,
serahkan padaMu jiwaku,
berikanlah petunjukMu.

aku mencari damai dihati,
Tuhanku,
lebarkanlah jalan yang sempit ini,
luaskanlah ruang yang padat ini,
sesunguhnya aku lemas,
serahkan padaMu hatiku,
berikanlah hidayahMu.

aku mencari damai dihati,
Tuhanku,
tawarkanlah pedih ini,
kurangkanlah perencah sedih,
sesungguhnya aku lemah,
serahkan padaMu harapanku,
berikanlah bimbinganMu.

aku mencari damai dihati,
Tuhanku,
berikan aku selimut putih,
berikan aku tempat berteduh,
sesungguhnya aku ini terdedah,
serahkan padaMu tawakalku,
berikanlah perlidunganMu.

kata dia - tribute to bella

kata dia,
Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
jika diri tak seindah Sulaiman,

kata aku,
kita hanya manusia,
tidak tetap pendiriannya,
namun cukuplah yang dicintai itu,
cantik sebagaimana budi ku.

kata dia,
mengapa mengharap teman setampan Yusuf,
jika kasih tak setulus Zulaikha?

kata aku,
kita hanya manusia,
tidak mutlak fikirannya,
namun cukuplah yang disayangi itu,
tidak pernah aku tipu.

kata dia,
tak perlu menjadi setegah Ibrahim,
jika diri tak sekuat Hajar dan Sarah,

kata aku,
kita hanya manusia,
tidak teguh pegangannya,
cukuplah yang dikasihi itu,
menjadi sokongan padu ku.

kata dia,
mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah,
jika diri tak sesempurna Rasullulah?

kata aku,
kita hanya manusia,
tidak sempurna sifatnya,
cukuplah yang dirindui itu,
pelengkap pada diriku.

Nur salina

agaknya apa perasaan siibu,
melihat tragedi didepan mata?
agaknya apa yang bermain difikiran ibu,
musibah tidak terlintas dijiwa,
kini realiti...bagaikan mimpi.

deruman lori itu bagaikan petir,
memanah jiwa ibu,
bunyi retak tulang tulang adik,
mungkin begitu bunyi hati ibu,
yang hancur luluh.

ibu ibu,
usah lah menangis,
adik tidak apa apa,
hanya jasad sahaja yang tiada,
namun dijiwa ibu adik sentiasa ada.

ibu ibu,
usah lah kecewa,
adik tidak apa apa,
hanya menuju lebih awal,
tempat yang dijanjikan yang Esa.

ayah ayah,
usah lah menangis,
adik tidak apa apa,
berikan kekuatan pada ibu,
halalkan makan minum ku.

ayah ayah,
usah lah kecewa,
adik tidak apa apa,
nanti kita akan berjumpa semula,
disitu adik menunggu penuh rindu.

al-fatihah...

note : thanks to jamri

happy besday - tribute to ainadilah

happy besday kataku,
masih belum terlambat rasanya,
sekadar bingkisan ingatan,
yang tiada apa apa,
sekadar protokol yang tersedia ada.

happy besday kataku,
semoga yang terbaik untukmu,
andai ada sedih biarkan,
ia jambatan kebahagian,
yang menunggu dikehadapan.

happy besday kataku,
semoga sentiasa dilindungi,
semoga selalu dirahmati,
semoga juga dimurah rezeki,
dan semoga dibawah payung Illahi.

kawan kawan

kawan kawan,
apa cerita korang,
sesekali jumpa di warong pak lang,
bolehkah ku tumpang,
boleh ku mintak rokok sebatang.

kawan kawan,
jangan buat kerja bukan bukan,
macam macam bala boleh datang,
aku ramai kawan kawan,
tak mahu hilang walaupun seorang.

kawan kawan,
bila nak dapat gaji?
boleh ku tumpang sekaki,
setakat sirap dan sepinggan maggi,
semoga murah rezeki kau setiap hari.

kawan kawan,
senang senang datanglah rumah,
bawaklah anak dan juga isteri,
moga erat persahabatan kita,
takkan ziarah hanya di hari raya?

kawan kawan,
rindunya hati kat korang,
jom kita ke warung pak lang,
bercerita sambil minum jus pisang,
boleh aku mintak rokok sebatang!

permaisuri

sedingin salju kugenggam erat tanganmu,
sedikit nafas tersenguk didalam sendu,
setiap penat lelah mu dulu,
menjadikan aku sekarang ini,
meletakkan aku sejaya ini.

sering bertakhta dijiwa nan sepi ini,
setiap saat masa dan ketika,
tidak pernah tercicir titipan doa,
disetiap pagi malam dan petang,
balasan jasamu yang ku kenang.

wangian kasturi menebar malamku,
sekuntum senyum menelan hiba,
kau permaisuri runtunan hati,
dan aku diperintahkan olehNya,
menjaga mu sebagaimana dulu.

Ya Allah ya tuhanku,
kau lindungilah ibu,
sebagaiman dia menjaga ku,
dari tapak kaki ku,
sebesar jari ibu.

Ya Allah ya tuhanku,
kau ampunkanlah dosa ibu,
jika ibu banyak berdosa,
sesungguhnya akulah,
lebih berdosa kepada ibu.

Ya Allah ya tuhanku,
kau jauhilah neraka jahanam dari ibu,
berikan rahmatMu kepadanya,
letakkanlah ibu,
didalam syurgaMu yang indah itu.

note : thanks to ainadilah

kalaulah lupa

kalaulah,
melupakan itu mudah,
dan kalaulah,
itu penyelesaian untuk semua,
tentu kita tidak tahu,
tentu kita tidak belajar,
tentu kita tidak sedar,
yang terbaik untuk diri kita.

kalaulah,
derita itu boleh dilupai,
mungkin jua nanti,
sayang yang kita ada ini,
tidak kita hargai,
kerana ia jua akan kita lupai,
senang harus ada susah,
bahagia perlu ada derita.

kalaulah,
kita tahu rahmat disebalik derita,
bahagia disebalik sengsara,
manis disebalik kecewa,
lapang disebalik sunyi,
kalaulah hati itu mahu melihat,
tentulah,
kita tidakkan merintih setiap saat.

manusia bodoh

perasaan itu tidak terbatas,
ia akan melencong bagaikan cahaya,
memenuhi segala sudut,
akan bergema bagaikan suara,
berkecamuk bagaikan laut.

takdir tidak pernah berbicara,
hanya hati...
takdir umpama landasan berlepas,
yang memilih untuk terbang atau terbabas,
hanyalah hati.

tetapi syukur,
kita dimuliakan dengan akal,
dari setitis air yang hina,
darjat diangkat kerana akal,
diri terjaga jua kerana akal.

mata tidak dapat membezakan,
yang indah tetapi rujuk kehancuran,
hati tidak dapat membezakan,
antara belaian yang penuh kesamaran,
jua cita penuh kepura puraan.

ya manusia itu memang bodoh,
bukan bodoh yang biasa,
tetapi bodoh yang amat kenyal,
ya manusia itu memang bodoh,
jika tidak tahu menggunakan akal.

hanya aku saja

hanya aku saja,
rasanya penuh rasa cinta,
mengendong rindu sebesar dunia,
menjejak cinta sesayup cahaya,
melepas rindu di laut mati,
pernah dulu aku katakan,
kita umpama langit dan bumi,
dan ketegasan mu itu,
aku mengalah keatas cinta,
keatas permintaanmu.

kerana cinta itu,
merentas hutan belantara,
merenangi lautan berapi,
bergolak bergadai nyawa,
menjadi galang ganti,
membelah dada melihat jantung,
walaupun satu tidakkan tertunai,
namun kerana dirimu,
rela ku putuskan cinta ini,
untuk kau tersenyum selalu.

cerita warna warni - tribute to ara

sekejap saja ceria,
sekejap jua derita,
sekejap rasanya tangis,
menari nari dipipi,
sekejap itu jua kecewa,
tengok bagaimana cara menangkis,
sekejap saja singgah awan mendung,
sekejap rasanya pening,
begitu juga batuk demam sakit,
seperti hujan ditengahari,
sekejap itu lelah,
melawan segalah masalah,
sekejap saja luka,
seperti malam akan siang jua akhirnya,
syukurlah masih bernafas lagi,
yang terjadi,
biar saja terjadi,
bagaimanapun hidup hanya cerita,
cerita warna-warni yang akan ditinggalkan.

persoalan

kecewa?
ya...

kenapa?
putus cinta...

sedih?
ya...

kenapa?
dia tidak setia...

marah?
ya...

kenapa?
dia memungkiri janji

hmmm...
kenapa?

tahu tak?
tak.. apa dia?

kita juga memungkiri janji,
kita juga tidak setia,
kita juga lupa janji diazali,
menghindari neraka,
mendekati syurga.

jika antara manusia kita kecewa,
bagaimana pula dengan Dia?
saat kita berputus asa,
adakah Dia memutuskan cintaNya?

rindu jua

jangan la buang masa,
rindu pada yang tak suka,
carilah yang sememangnya dia,
teramat rindu pada kita,
barulah rasa nikmat cinta,
barulah rasa sehati sejiwa,
bersama setia hingga keakhirnya.

katakan padanya,
yang amat merindui kita,
yang kita jua amat merinduinya,
dimana sahaja disetiap masa,
walaupun dekat bersama,
tetap rindu jua,
rindu dengan penuh rasa cinta.

nasihat aku

kata kata mudah dilafazkan,
kerna telah ada pengalaman,
senario tetap sama,
jiwa yang terima jua berbeza,
akal senang menerima,
bila hati redha dengan ikhlasnya,
namun pada hati yang sukar dipujuk,
kerana belum memahami,
betapa luas kehidupan ini,
betapa bahagia tidak semudah itu,
jika mahu dikecapi,
harus terima dan mengubah,
dari derita kepada bahagia,
fahamkah?
untuk apa diselubung diri,
dengan duri dengan sengsara,
bukankah cinta itu indah?
cuma dirimu belum memahami.

dimanakah cinta? - tribute to puteri lilin

di hatikah ia?
di mata atau di jiwa?
pada bayang bulan dan mentari,
adakah ada pada bumi?
atau disimpan pada rumput nan hijau?

di bicarakah ia?
di minda atau di angan?
pada bayang bulan puranama,
adakah pada merah mentari?
atau disembunyi elok oleh hati?

di manakah cinta?
di awangan atau khalayan?
pada realiti yang bukan fantasi,
adakah pada ikhlas budi bicara?
atau ditenggelam timbul oleh kita?

senafas

senafas aku berbicara,
tentang kita,
tentang semua,
tentang hakikat,
pasang dan surut.

dan senafas terhenti,
memberi ruang,
mencuri masa,
untuk berbicara,
senafas sekali lagi.

senafas aku berbicara,
tentang hati,
tentang kasih,
tentang sedih,
datang dan pergi.

dan senafas terhenti,
memberi masa,
membuka peluang,
untuk aku,
mengusap air matamu.

dan senafas lagi...

tiada bernafas

terlalu lama aku berdiri,
melihat cermin bayang sendiri,
dan kosong...kesemua itu,
bagaikan daun yang berguguran,
dan aku bagaikan dinding yang retak,
retak menati belah,
dan cinta serta rindu itu,
setajam pedang menusuk hati.

dan aku berdarah,
titis demi titis,
menitis sehingga akhirnya,
aku bernafas,
tiada lagi.

aku menarik nafas,
sisa sisa kekuatan ku yang tinggal,
bohongi lah aku,
katakan perpisahan itu dusta,
dan kesemua cinta itu,
bukan sekadar kata kata,
tetapi aku tahu,
perbezaan realiti dan fantasi,
dan aku tertanya tanya,
aku dan dia siapa yang lebih dicintai.

kerana itu aku berdarah,
titis demi titis,
menitis sehingga akhirnya,
dan aku bernafas,
tiada lagi.

dan pada penghujungnya,
kesemua harapan jatuh berkecai,
jatuh bertaburan,
itulah bahagian bahagian diriku,
terlalu kecil untuk dihiraukan,
namun terlalu besar dan tajam,
menusuk setiap kalbu,
menghiris setiap waktu,
dan jika aku bertanya...

akukan berdarah,
titis demis titis,
menitis sehingga keakhirnya,
dan aku bernafas,
tiada lagi.

kekasih

kekasih hati,
permata jiwa ku,
permaisuri yang beraja dihatiku,
aku rindu pada mu.

kekasih hati,
permata cinta ku,
juwita penyeri suasana,
aku sayang padamu.

kekasih hatiku,
permata jiwa ku,
ummi pada zuriatku,
aku cinta pada mu

tangisan situa

untuk diri yang termanggu,
sehingga sehabis waktu,
yang bila tiba hati pilu dan sayu,
menanti pelangi di awan biru,
bilakah akan datang kamu?

untuk diri yang tersisih,
sehingga terbenam mentari,
yang bila jiwa meruntun sedih,
menanti bulan di malam hari,
bilakah akan menjelma diri?

untuk diri yang tersia,
sehingga malam menjelma,
yang bila hati memendam rasa,
menanti hari bila kan tiba,
saat anakanda mengesat air mata dimuka...

cinta terakhir

andai aku memiliki waktu,
akan ku hentikan ia,
agar dapat aku melihat,
kelibat mu sekali lagi.

andai aku memiliki dunia,
akan ku hentikan putarannya,
agar purnama tetap bersinar,
menyinari wajah mu sekali lagi.

andai aku memiliki bintang,
akan ku kumpulkan semuanya,
kususun rapi kesemuanya,
menjadi madah penambat hati.

andai aku memiliki cinta,
akan ku serahkan padamu,
walaupun dikau tepis,
tetap bersinar; ia cinta ku yang terakhir.

satu pusingan

apabila kamu melalui hari harimu,
lengkapkan ia dengan satu pusingan,
satu pusingan dengan lima waktu,
lima waktu pada dua masa,
terlepas satu waktu dalam satu satu masa,
maka pincanglah kitaran hidupmu,
secara tidak sedar ia akan berlalu,
pergi tinggalkan kau sendiri,
pada waktu itu nanti,
apa saja yang kau lakukan,
tidak mungkin ia kembali.

apabila kamu melalui hari hari mu,
lengkapkan ia dengan satu pusingan,
satu pusingan dengan berhenti sejenak,
perhatikan wajah dihadapan,
langit biru yang berada diatasmu,
bumi nyata yang sedang kau pijak,
kerlinglah kekiri dan kekanan,
singkapkan sejenak apa yang ada,
dan kau kan lihat dengan terangnya,
daripada mata terus ke akalmu,
kebenaran berada dimana mana.

apabila kamu melalui hari hari mu,
lengkapkan ia dengan satu pusingan,
akhirkan segala apa yang kau mula,
jangan dibiarkan kosong ditinggalkan waktu,
lengkapkan satu kitaran itu,
dengan batas batas tertentu,
kerana kau tidakkan tahu apa yang mendatang,
mendung belum pasti ia kan hujan,
hujan belum tentu akan menjadi ribut,
tetapi bila ia melanda harimu,
kau kan bersedia menghadapinya.

dan apabila malam menjelma,
rehat dan senyumlah sepuasmu,
sesungguhnya pada siang tadi,
telah lengkap satu pusingan hidupmu,
tapi jangan kau lupa,
esok ada satu pusingan lagi.

mana rindu ku?

dan aku tunggu,
walau sejuta minit telah berlalu,
hingga bingkisan mawar ini,
menjadi hitam dan layu,
selayu hati yang tertipu.

dan aku tunggu,
walau sejuta kata membeku,
hingga jari ini kematu,
menjadi kedut,
sekedut surat surat cintaku.

dan aku tunggu,
walau sejuta malam telah berlabuh,
menanti seutas jawapan dari mu,
jawablah kepadaku,
apa telah kau lakukan pada rinduku?

andai hujan

andai hujan hingga ke pagi,
selimut kan dirimu wahai dewi,
agar tidak kesejukan nanti,
sekadar rindu,
belum cukup untuk memanaskanmu.

andai hujan hingga ke pagi,
lelapkanlah matamu wahai puteri,
agar tidak kesiangan nanti,
sekadar rindu,
belum utuh untuk menjagamu.

andai hujan hingga ke pagi,
lenakanlah anganmu permaisuri,
agar tidak terleka nanti,
sekadar rindu,
belum sempurna hakikat itu.

here i am

it seems like yesterday that i said "i love you",
and after all what we have been through,
no one ever come close to you,
and i wish you knew after all the years,
that you're my only one now and forever.

i know i promise you forever,
and im sorry i cant keep the words together,
but i always here and holding your tears,
asking you if eternity are long enough?
for all the love of you and me.
so here i am,
standing cold in the rain,
i need you more than i need you before,
you're all the reason i stay strong,
for the words that are not enough,
still i will find my way to your love.

you colored all of my days,
and when darkness appear you make it bright,
i will break apart if i ever lost you,
live with me and take my breath over again,
love me to your very end.and here i am,
holding love within your hand,
i love you now more than ever before,
you're all the one that i call,
for the world that are not enough,
you are my unconditional love.