Monday, October 16, 2006
Tiada Lagi tempat Untuk Pergi
tiada lagi tempat
tiada lagi tempat
untuk berlari
untuk berdiri
untuk pergi
tiada lagi tempat
untuk kami
untuk kita semua
bangkitlah!
Datang Lagi Ya Ramadhan!
kenyangkah kau dengan hidangan puasa kami?
mahu kah ditambah lagi?
ambillah terawih ini buat bekalan
juga sunat taubah dan tadarrus
yang ini juga hajat dan tahajjud
sampaikan salam rindu
buat rasulullah junjungan
moga diberi syafaatnya nanti
di satu masa panjang tiada terperi
serahkan permohonan ini
kepada Al Afu
semoga di ampun dosa dosa
kami yang menzalimi diri sendiri
berikan kepada dia Ar Rahman
rintihan kami ini
atas sifat kasih sayangnya
terbela iraq, palestin dan afganistan
bisikkan kalimah kami ini
ya ramadhan kepada dia Al Mujib
moga moga diperkenankannya
memberi lapang untuk kami mencintainya
tunas tunas iman kan sentiasa bercambah
datang lagi ya Ramadhan
akan semuanya berbuah lebat
tahun depan insyaAllah
Thursday, October 12, 2006
Puisi Raja Madah Permaisuri
mewawansabda kita
habis habis duka
hingga luntur resumnya
halus halus sudah renungan
pada kita,
laksana tiada sempurna lagi
akan datang nanti, kah?
bulan jatuh ke riba
hingga tiada tertadah cahaya
seemas madu seemas senja
bagai melur bagai melati
semerbak hingga ilu terincit
duduk pula bersemayam
si jah, sumurung
yojana berbatu batu
jauhnya sekerdip bintang
tatap bulan di wajah jelas
biar unguh rasa di jiwa
tetap mekar muda berbunga
dari angkasa hingga ke jagatraya
Puncak Kembara Ramadhan
saat aku merenungnya
asyik, setiap malam?
apakah mereka berbisik
sama sendiri
lihat, dia lagi, merenung kita
di hatiku juga bintang,
ada sebutir mutiara
cahayanya amat payah didakap
maka itu,
aku teroka ramadhan ini
menuju puncak kembara
mahukah kalian menemaniku?
menerangi doa
menghampari sujud
menadah titis titis keinsafan
dalam sepuluh malam yang terakhir
Monday, October 09, 2006
Sepinggan Roti Dan Secawan Kopi Politik
berinti kaya dan mentega masyarakat
disaji atas pinggan politik
untuk dibaham si perut buncit
gelojoh kerakusan
serpihan serpihan roti yang bertaburan
adalah suara suara kita
secawan kopi politik
bersudukan emas media
mengacau taburan gula gula janji
biar sebati
biar pahit manis berganti
buat sajian anak anak muda
harapan sejarah
sepinggan roti
dan secawan kopi politik
diharap dapat membeli merdeka
diharap dapat menghalalkan cara
menjual maruah
sepinggan roti
dan secawan kopi politik
menjadi sajian pilihan
gantian sepinggan nasi lemak
dan secawan teh keadilan
Sunday, October 01, 2006
puasa ini
sebagai guru
dalam mendidik jiwa bersalut nafsu
lekatanya biar sabar mengupas
biar gugurnya bagai sisik ikan
bertaburan di takungan kekesalan
aku jadikan puasa ini
sebagai panduan
kepada hati yang semakin lupa
bersama pahat keinsafan
akan ku garapkan semula
peta ke arah kiblat berparut kekal
aku jadikan puasa ini
sebuah tasik dingin
jadi rendaman kepanasan kaki
yang selama ini memerah bara neraka
biar sejuk menggigil
untuk layak berpijak di atas sejadah
aku jadikan puasa ini
sebagai latihan
merasa apa yang saudaraku rasa
melatih diri melepaskan dunia
membina terusan ke akhirat
menyiap iman agar bersedia
demi satu peperangan di akhir zaman
Q, Melukis Rindu
soal Q pada suatu petang, saat sedang elok awan membiru
saat sedang lembut angin menyapa rumput.
kenapa mahu melukis rindu?
soal ku kehairanan, lantas Q menarik hujung baju ku,
dengan tangannya memegang berus, dia merujuk pada ku
lukisannya.
ini cinta,
bagaimanakah mahu melukis rindu?
aku tersenyum, memahami perasaan hati keanakannya,
mata kesilnya memandangku penuh pengharapan.
kenapa lukis cinta begini?
kerana hati rasa begitu.
boleh saja melukis rindu
bagaimana?
sepertimana melukis cinta
dengan rasa dan hati
dengan kenangan abadi
rindu juga seperti cinta
lahir dari hatimu
dan Q mula melukis, asyik penuh rasa
hingga waktu pun bagai terhenti, mendengar luahan hati seorang anak
berus di tangannya bercerita, perihal anak kecil yang menanggung beban dunia
sayunya hingga awan berubah warna
kenapa ada bintang?
itu rindu, untuk mama
bercahaya di tengah kelam, agar dia tahu
Q rindu padanya
Bulan?
itu kasih, selembut sinaranya itu
seperti hati papa...
dan hujan mulai rintik
dari awan matanya
jatuh titis demi titis
membasahi rindu dan kasih
membanjiri cinta
Q menghamburkan dukanya kepangkuanku
sekejap saja
di luar meyambung lebat hujan
walau acapkali tidak pernah ku halang
menangislah Q, sepuas hatimu
airmata itu bakal menjadi tembok, lambang ketabahanmu
menangislah sementara kecil ini
remaja nanti kan ku ajar kau menangis melalui senyuman
tirai kepada kedukaan.
Thursday, September 28, 2006
Q, Bawakan Ia Kepadaku
Q, bawakan ia kepada ku
biarku lihat apa kurangnya
menunjuk kepada bintang yang bertaburan
di pekat malam
ya, kata ku
Jika tiada kasih dan rindu?
mampukah ia bersinar, cinta itu?
ya, kataku
sambil mengilap
asalkan di hatimu ada
nah! lihat, sudah bersinar
aku tersenyum melihat gelagatnya
perjalananmu masih jauh Q
Pesta Ibadah
panggilan merdu
saat mentari memberi izin
syaaban pun merestui
memulakan sebulan
pesta ibadah
berduyun duyun datang
tua, muda, muslim dan muslimah
mahu menurut serta
acara gilang gemilang
pesta ibadah
mulanya dikir terawih
kan bersambung witir
tahajjud pula mengambil alih
berduet bersama sunat taubah
barisan tadarrus pula memecah sunyi
pesta setahun sekali ini
menjadi saksi
kejadian malam yang tiada lena
hati menjadi girang
iman bersantapan zikrullah
gegak gempita iman
suara sorakan taqwa
bergericau memecah hening
semua menyaksikan
berdentam dentum tertutup pintu neraka
berkeriut terbuka pintu syurga
di atas pentas ramadhan
yang tiba di kemuncak acara
ramai ramai menanti
ramai ramai menyeru
memanggil manggil
menyambut dengan penuh rindu
munculnya lailatulqadar
yang diiringi sepelusuk cahaya
para malaikat memenuhi daratan
munajat syukur kami hambaMu
di atas anugerah tiada terhingga
kenikmatan dan keindahan
iman dan taqwa
Malam 27 Ramadhan
ketika kehadiranku
anugerah dan rahmat
untuk dikutip
buat bekalan
berduyun duyun kan turun
dengan cahaya gilang gemilang
para mailakat
menyertai ibadah
pada perjalanan pulang
aku menyaksikan
anugerah dan rahmat
mula berciciran
dari hati yang mula lalai
hanya kerana sedikit
kecil kocakan riak
di dalam kemuliaan ku itu
turunnya kitabullah
aku yang lebih baik
dari seribu bulan
engkau ganti kemuliaannya
dengan sekotak kayu
bergambar dan bergericau
terbit suria pada pagi itu
dengan putih bersih
lembut sinarannya
adakah sampai rahmatNya
di hatimu?
carilah aku umat muhammad!
ketahuilah
ketika engkau merasa sayu
menangis teresak
saat itu berbahagialah
kerna jibril sedang bersalam denganmu
Sunday, September 24, 2006
Maruah Menangis
manusia bagai kalkatu
bergelimpangan merata
mencari cahaya
samar samar masa hadapan
gugur dengan sayap terlerai
lantaran,
maruah menangis
sanjungan telah sirna
bertakhta hanya kini
di hujung mata
di hujung tanduk
di hujung nyawa
asing di dalam kenal
hatinya dipanah kelodan kesesatan
bersimpang siur
badannya diracuni ideologi kemurkaan
berbuku buku
matanya dirobek dosa agungan
bertalu talu
maruah terhenyak
di bawah hujan rahmat
ia dihina
ia merintih sayu
datang kerinduan tiada penghujung
paza zaman rasulullah junjungan
tika ia dijaga
dibelai dan dimanja
bukan dibiar sendiri
dispeak terajang
ibarat sebutir sampah
Tuesday, September 19, 2006
Pesan Ku, Yahudi
dalam masa yang terlalu lama
sepuluh laras senapang zikir
setia mencium tasbih
aku menjaga bara hati
agar syahid itu
kesejukan tidak
ingat pesanku yahudi!
semarak amarah di jamung iman
akan menerjah kekebalanmu nanti
belerang jihad sepenuh matari!
Monday, September 18, 2006
Aku Tinggalkan Kepadamu
hutan rimba
rumah unggas dan mergastua
tatkala kau memegangnya
cucilah kedua tanganmu
dengan amanah
aku tinggalkan kau
dengan lautan
tempat bersemayam sejuta asrar
harus kau tahu ianya cermin
untuk kau lihat
langit tiada terdongak
aku tinggalkan kau
dengan iman
dulunya bertatih alif, ba dan ta
solat itu kunci kepada doa
solat itu benteng terakhir
dalam menghadang dosa
Sunday, September 17, 2006
Malam 27 Ramadhan
anugerah dan rahmat
untuk dikutip
buat bekalan
berduyun duyun kan turun
dengan cahaya gilang gemilang
para mailakat
menyertai ibadah
pada perjalanan pulanga
ku menyaksikan
anugerah dan rahmat
mula berciciran
dari hati yang mula lalai
hanya kerana sedikit
kecil kocakan riak
di dalam kemuliaan ku itu
turunnya kitabullah
aku yang lebih baik dari seribu bulan
engkau ganti kemuliaannya
dengan sekotak kayu
bergambar dan bergericau
terbit suria pada pagi itu
dengan putih bersih
lembut sinarannya
adakah sampai rahmatNya di hatimu?
carilah aku umat muhammad!
ketahuilah
ketika engkau merasa sayu
menangis teresak
saat itu berbahagialah
kerna jibril sedang bersalam denganmu
Iman
masa yang dinanti nantikan
telah datang
dengan senyuman dan salam
iman lantas bangkit
keluar dari persembunyiannya
di satu ceruk gelap sekeping hati
iman membega
cahaya ramadhan bagaikan suria
membasahi wajahnya
berdikit dikit
terang bermaharajalela
"sebulan!" bisik iman
sebulan ini aku mahu
mewarnai hati ini
dengan hijau biru dan putih
kan kuhampari lantai kering ini
dengan sejadah
kan kuhiasi dinding yang merekah ini
dengan kalamullah
seketika,
terdengar ketawa yang azamat
itu nafsu!
"iman! hati itu milik aku!"
"milik aku!"
"milik aku!"
bergema dan perlahan hilang
ah! aku tak perlu gentar lagi
hikmah taubat nasuha
kan kucuba sedaya upaya
calak hati ini
takkan kubiarkan lenyap
hingga sampai ramadhan yang seterusnya
dan seterusnya
selama lama.
Friday, September 15, 2006
Mesra Resah
mengulit ulit di hujung jari
bagaikan anak kecil
cuba mengait manja
aku tidak betah
duduk berayun sendu
atau berdiri di tengah pentas
mendendang lagu sayu
tinggallah kau di situ
aku mahu berlari
melangkau gunung
memijak lautan
melompat ke bintang
jika kau mahu menurut
tidak kan ku halang
untung untung resah,
engkau kan matang
menjadi bahagia
Wednesday, September 13, 2006
Kertas RIndu Yang Putih
masih setia dia di situ
di palang besi sebuah hentian
duduk menunggu
sedang ituair air bertakung
di tepian jalan di tengah metropolitan
terpecik gatal terliur
mendakap putih betisnya
bilakah? bilakah?
mana janji?
sudahkah diutus?
atau masih belum dilakar
kertas rindu itu masih lagikah putih
tidak tersentuh?
saat matari mula terjaga
membuka selimut awan yang mendung
kuapannya menyimbah cahaya
ah! hujan pula di hatinya
Tuesday, September 12, 2006
Si Tukang Provokasi
bising si pahat
kentung kentang
bising si tukul
riuh memahat
rumah tegaknya tiada
riuh menukul
hasilnya habuk semata mata
siapa memahat?
siapa menukul?
oh! si tukang provokasi rupanya.
Monday, September 11, 2006
Ingin
mengharungi lautan manusia
mencari sebuah kehidupan
tulus
masa berlalu pergi
aku terlewat
pada sebuah pintu
yang terkunci
katanya, angin yang berlalu
itu sapaan alam
ingin ku tulis rahmatMu
merah di atas dada
tertera di langit cerah
dunia
ingin ku sebut namaMu
pada setiap masa
untukku tahu bilamana
resah datang
ingin ku capai bintang
menyinari hatiku
menjadi sumbu yang menyala
di jiwa gelita
Saturday, September 09, 2006
Saegheh
di tengah kalut dunia
acuannya,
darah mereka
marah kita
doa ummah sejagat
saegheh
ketarkan lutut mereka
dengan pekikanmu
hingga runtuh tembok durjana
biar kecut gagah mereka
biar kuncup megah mereka
saegheh
jadilah petanda amaran
sarang itu jika dicuit
segerombolan tebuan kuning
kan datang menyengat!
