Sudah sampai waktu kau pulang ya, Ramadhan?
kenyangkah kau dengan hidangan puasa kami?
mahu kah ditambah lagi?
ambillah terawih ini buat bekalan
juga sunat taubah dan tadarrus
yang ini juga hajat dan tahajjud
sampaikan salam rindu
buat rasulullah junjungan
moga diberi syafaatnya nanti
di satu masa panjang tiada terperi
serahkan permohonan ini
kepada Al Afu
semoga di ampun dosa dosa
kami yang menzalimi diri sendiri
berikan kepada dia Ar Rahman
rintihan kami ini
atas sifat kasih sayangnya
terbela iraq, palestin dan afganistan
bisikkan kalimah kami ini
ya ramadhan kepada dia Al Mujib
moga moga diperkenankannya
memberi lapang untuk kami mencintainya
tunas tunas iman kan sentiasa bercambah
datang lagi ya Ramadhan
akan semuanya berbuah lebat
tahun depan insyaAllah
Monday, October 16, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment