sayup sayup terdengar
panggilan merdu
saat mentari memberi izin
syaaban pun merestui
memulakan sebulan
pesta ibadah
berduyun duyun datang
tua, muda, muslim dan muslimah
mahu menurut serta
acara gilang gemilang
pesta ibadah
mulanya dikir terawih
kan bersambung witir
tahajjud pula mengambil alih
berduet bersama sunat taubah
barisan tadarrus pula memecah sunyi
pesta setahun sekali ini
menjadi saksi
kejadian malam yang tiada lena
hati menjadi girang
iman bersantapan zikrullah
gegak gempita iman
suara sorakan taqwa
bergericau memecah hening
semua menyaksikan
berdentam dentum tertutup pintu neraka
berkeriut terbuka pintu syurga
di atas pentas ramadhan
yang tiba di kemuncak acara
ramai ramai menanti
ramai ramai menyeru
memanggil manggil
menyambut dengan penuh rindu
munculnya lailatulqadar
yang diiringi sepelusuk cahaya
para malaikat memenuhi daratan
munajat syukur kami hambaMu
di atas anugerah tiada terhingga
kenikmatan dan keindahan
iman dan taqwa
Thursday, September 28, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment