Sunday, September 17, 2006

Iman

"ia sudah tiba."
masa yang dinanti nantikan
telah datang
dengan senyuman dan salam
iman lantas bangkit
keluar dari persembunyiannya
di satu ceruk gelap sekeping hati

iman membega
cahaya ramadhan bagaikan suria
membasahi wajahnya
berdikit dikit
terang bermaharajalela

"sebulan!" bisik iman
sebulan ini aku mahu
mewarnai hati ini
dengan hijau biru dan putih
kan kuhampari lantai kering ini
dengan sejadah
kan kuhiasi dinding yang merekah ini
dengan kalamullah

seketika,
terdengar ketawa yang azamat
itu nafsu!
"iman! hati itu milik aku!"
"milik aku!"
"milik aku!"
bergema dan perlahan hilang

ah! aku tak perlu gentar lagi
hikmah taubat nasuha
kan kucuba sedaya upaya
calak hati ini
takkan kubiarkan lenyap
hingga sampai ramadhan yang seterusnya
dan seterusnya
selama lama.

No comments: