Thursday, September 28, 2006

Malam 27 Ramadhan

bertaburan nanti
ketika kehadiranku
anugerah dan rahmat
untuk dikutip
buat bekalan

berduyun duyun kan turun
dengan cahaya gilang gemilang
para mailakat
menyertai ibadah

pada perjalanan pulang
aku menyaksikan
anugerah dan rahmat
mula berciciran
dari hati yang mula lalai
hanya kerana sedikit
kecil kocakan riak

di dalam kemuliaan ku itu
turunnya kitabullah
aku yang lebih baik
dari seribu bulan
engkau ganti kemuliaannya
dengan sekotak kayu
bergambar dan bergericau

terbit suria pada pagi itu
dengan putih bersih
lembut sinarannya
adakah sampai rahmatNya
di hatimu?

carilah aku umat muhammad!

ketahuilah
ketika engkau merasa sayu
menangis teresak
saat itu berbahagialah
kerna jibril sedang bersalam denganmu

No comments: