Thursday, January 04, 2007

Hadiah Untuk Pak Menteri

sebuah hadiah yang dibeli
oleh seorang rakyat
ikhlas di hatinya
buat pak menteri
sempena harijadi

sebuah hadiah tanda penghargaan
beratus ringgit tiada berkira
mengenang jasa dan bakti
seorang pak menteri
sempena harijadi

sekeping kad ucapan
terlekat kemas
tersusun bait bait kata
dari hati seorang rakyat
ikhlas kepada pemimpinnya

pak menteri girang
menerima hadiah
rakus membuka balutan
senyuman manis bertukar kelat
demi terlihat di dalam kotak
sepasang alat bantuan pendengaran

lalu dicapai kad ucapan
tertera kemas baris tulisan

"buat bapak,
menteri tertinggi
semoga dengan hadiah ini
akan lebih mendengari
keluhan kami, rakyat sendiri"

No comments: