aku mahu merentas lautan
dengan jambatan yang dibina
dari susun atur bahasa ibunda
aku mahu merentas dunia
dengan sayap aksara
yang dijahit bersama
tinta berwarna merah
mahu mencapai langit
ketujuh
dengan keindahan syair
aku mahu semahu rasa
mengenggam hatimu
hanya dengan bahasa
sebaris kata
Sunday, August 06, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment