Thursday, August 24, 2006

Gadis Kedai Manisan

dia duduk disebelahku
penuh kepayahan menelan sendu
dan boleh ku rasa
gegaran gerabak keretapi yang lalu
mengejar masa

matanya bercerita
sedang bibirnya diam
hatinya bergelora
walau ini bukan kali pertama
tetap bukan kepalang

bolehkah memberitahu
bagaimana ini terjadi?
dan tuhan sahaja yang tahu
dulu hati ku umpama kedai manisan
kini tergantung tanda
maaf, kami tutup

dan aku boleh mendengar diriku berbicara
kata kata yang beku
kerana tuhan juga tahu
aku telah menutup kedai manisan suatu ketika dulu

kita semua berkata
tentang masa menyembuh luka
dan untuk hati yang berkecai
ia hanyalah angin lalu
tiada lagi makna

hadir kini katanya,
seorang doktor merawat cinta
dan kecewa
manalah aku tahu
dia tidak melihatkan tanda
maaf, kami tutup

No comments: