Wednesday, June 14, 2006

Andai Aku Pergi Dahulu

Aku bertanya kepada isteriku,
"Yang, yang,
bagaimana kalau abang pergi dulu?"

Isteriku diam tiada berkata,
adakah diam kerana sedih atau gembira?

Entah.

Aku bertanya lagi sambil memegang tangannya,
"Sayang,
bagaimana kalau abang pergi dulu?"

Terbit sengguk sengguk kecil dibahunya,
Adakah kerana sedih atau gembira?

Entah.

Aku bertanya lagi sambil memeluk bahunya,
"Sayang,
bagaimana kalau abang pergi dulu?"

Kini tangisnya makin ketara,
Adakah tangis sedih atau gembira?

Entah.

Lalu aku bertanya lagi
"Sayang,
jawablah kenapa diam?"

Lalu dia memandangku,
dengan linangan airmata,
sambil memegang erat tanganku,
dia berkata;

"Kalau abang pergi dari sisi,
sayang akan turut ikuti!"

Oh! Bahagia sungguh hatiku ini,
kerana mengetahui,
yang isteriku sanggup menjadi,
seorang pengebom berani mati.

No comments: