Anak anak kecil
berlari lari riang
ditengah padang berumput peluru
sekali sekala berlagu riang
bersama alunan gendang bom yang jatuh
menghempas meranap rumah rumah mereka
Anak anak kecil
yang masih belum mengerti
bahawa mereka pejuang yang digeruni
hati mereka cuba menelah
apakah silap dan salah laku
tatkala tubuh kecil mereka dihujani peluru
Anak anak kecil itulah
palestin yang sebenarnya
membakar semangat para pejuang merdeka
berlumuran darah ditatap dunia
dan kita menangis bersama
cuma membisik hiba
bilakah rantai demokrasi ini akan terlerai?
bilakah gari kemanusiaan ini akan terurai?
Sunday, June 18, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment