Thursday, September 28, 2006

Q, Bawakan Ia Kepadaku

Q, bawakan ia kepada ku
ya, cinta itu
Q, berlari lari anak
sambil mengendong cintanya
tubuhnya yang kecil
kemudiannya duduk di sebelahku
biarku lihat apa kurangnya
jika pudar mari kita gilap
moga bersinar seperti bintang

seperti itu?
tanya Q sambil jari kecilnya
menunjuk kepada bintang yang bertaburan
di pekat malam
ya, kata ku
biar bersinar seperti kasih
seperti rindu
seperti kunang kunang
di telapak tangan

Jika tiada kasih dan rindu?
tanya Q
mampukah ia bersinar, cinta itu?

ya, kataku
sambil mengilap
asalkan di hatimu ada
asal di jiwamu percaya
asal tiada berputus asa

nah! lihat, sudah bersinar

Q girang
dia memeluk cintanya yang bergemerlapan
di lambung sambut cintanya berulang kali
sambil tertawa riang

aku tersenyum melihat gelagatnya
dan hati ku berkata
perjalananmu masih jauh Q
senyumlah jika ada payah
itu kunci kepada bahagia
jangan duduk beralas duka
jangan berdiri di anjung derita
berlarilah ke kaki pelangi
berserah dan berdoa
cinta untukmu sentiasa ada

Pesta Ibadah

sayup sayup terdengar
panggilan merdu
saat mentari memberi izin
syaaban pun merestui
memulakan sebulan
pesta ibadah

berduyun duyun datang
tua, muda, muslim dan muslimah
mahu menurut serta
acara gilang gemilang
pesta ibadah

mulanya dikir terawih
kan bersambung witir
tahajjud pula mengambil alih
berduet bersama sunat taubah
barisan tadarrus pula memecah sunyi
pesta setahun sekali ini
menjadi saksi
kejadian malam yang tiada lena
hati menjadi girang
iman bersantapan zikrullah

gegak gempita iman
suara sorakan taqwa
bergericau memecah hening
semua menyaksikan
berdentam dentum tertutup pintu neraka
berkeriut terbuka pintu syurga

di atas pentas ramadhan
yang tiba di kemuncak acara
ramai ramai menanti
ramai ramai menyeru
memanggil manggil
menyambut dengan penuh rindu
munculnya lailatulqadar
yang diiringi sepelusuk cahaya
para malaikat memenuhi daratan

munajat syukur kami hambaMu
di atas anugerah tiada terhingga
kenikmatan dan keindahan
iman dan taqwa

Malam 27 Ramadhan

bertaburan nanti
ketika kehadiranku
anugerah dan rahmat
untuk dikutip
buat bekalan

berduyun duyun kan turun
dengan cahaya gilang gemilang
para mailakat
menyertai ibadah

pada perjalanan pulang
aku menyaksikan
anugerah dan rahmat
mula berciciran
dari hati yang mula lalai
hanya kerana sedikit
kecil kocakan riak

di dalam kemuliaan ku itu
turunnya kitabullah
aku yang lebih baik
dari seribu bulan
engkau ganti kemuliaannya
dengan sekotak kayu
bergambar dan bergericau

terbit suria pada pagi itu
dengan putih bersih
lembut sinarannya
adakah sampai rahmatNya
di hatimu?

carilah aku umat muhammad!

ketahuilah
ketika engkau merasa sayu
menangis teresak
saat itu berbahagialah
kerna jibril sedang bersalam denganmu

Sunday, September 24, 2006

Maruah Menangis

di tengah kalibut dunia
manusia bagai kalkatu
bergelimpangan merata
mencari cahaya
samar samar masa hadapan
gugur dengan sayap terlerai

lantaran,
maruah menangis
sanjungan telah sirna
bertakhta hanya kini
di hujung mata
di hujung tanduk
di hujung nyawa
asing di dalam kenal

hatinya dipanah kelodan kesesatan
bersimpang siur
badannya diracuni ideologi kemurkaan
berbuku buku
matanya dirobek dosa agungan
bertalu talu

maruah terhenyak
di bawah hujan rahmat
ia dihina
ia merintih sayu
datang kerinduan tiada penghujung
paza zaman rasulullah junjungan

tika ia dijaga
dibelai dan dimanja
bukan dibiar sendiri
dispeak terajang
ibarat sebutir sampah

Tuesday, September 19, 2006

Pesan Ku, Yahudi

aku menunggu saat itu
dalam masa yang terlalu lama
sepuluh laras senapang zikir
setia mencium tasbih

aku menjaga bara hati
agar syahid itu
kesejukan tidak

ingat pesanku yahudi!
semarak amarah di jamung iman
akan menerjah kekebalanmu nanti
belerang jihad sepenuh matari!

Monday, September 18, 2006

Aku Tinggalkan Kepadamu

aku tinggalkan kau
hutan rimba
rumah unggas dan mergastua
tatkala kau memegangnya
cucilah kedua tanganmu
dengan amanah

aku tinggalkan kau
dengan lautan
tempat bersemayam sejuta asrar
harus kau tahu ianya cermin
untuk kau lihat
langit tiada terdongak

aku tinggalkan kau
dengan iman
dulunya bertatih alif, ba dan ta
solat itu kunci kepada doa
solat itu benteng terakhir
dalam menghadang dosa

Sunday, September 17, 2006

Malam 27 Ramadhan

bertaburan nanti ketika kehadiranku
anugerah dan rahmat
untuk dikutip
buat bekalan

berduyun duyun kan turun
dengan cahaya gilang gemilang
para mailakat
menyertai ibadah

pada perjalanan pulanga
ku menyaksikan
anugerah dan rahmat
mula berciciran
dari hati yang mula lalai
hanya kerana sedikit
kecil kocakan riak

di dalam kemuliaan ku itu
turunnya kitabullah
aku yang lebih baik dari seribu bulan
engkau ganti kemuliaannya
dengan sekotak kayu
bergambar dan bergericau

terbit suria pada pagi itu
dengan putih bersih
lembut sinarannya
adakah sampai rahmatNya di hatimu?

carilah aku umat muhammad!

ketahuilah
ketika engkau merasa sayu
menangis teresak
saat itu berbahagialah
kerna jibril sedang bersalam denganmu

Iman

"ia sudah tiba."
masa yang dinanti nantikan
telah datang
dengan senyuman dan salam
iman lantas bangkit
keluar dari persembunyiannya
di satu ceruk gelap sekeping hati

iman membega
cahaya ramadhan bagaikan suria
membasahi wajahnya
berdikit dikit
terang bermaharajalela

"sebulan!" bisik iman
sebulan ini aku mahu
mewarnai hati ini
dengan hijau biru dan putih
kan kuhampari lantai kering ini
dengan sejadah
kan kuhiasi dinding yang merekah ini
dengan kalamullah

seketika,
terdengar ketawa yang azamat
itu nafsu!
"iman! hati itu milik aku!"
"milik aku!"
"milik aku!"
bergema dan perlahan hilang

ah! aku tak perlu gentar lagi
hikmah taubat nasuha
kan kucuba sedaya upaya
calak hati ini
takkan kubiarkan lenyap
hingga sampai ramadhan yang seterusnya
dan seterusnya
selama lama.

Friday, September 15, 2006

Mesra Resah

mesranya resah
mengulit ulit di hujung jari
bagaikan anak kecil
cuba mengait manja

aku tidak betah
duduk berayun sendu
atau berdiri di tengah pentas
mendendang lagu sayu

tinggallah kau di situ
aku mahu berlari
melangkau gunung
memijak lautan
melompat ke bintang

jika kau mahu menurut
tidak kan ku halang
untung untung resah,
engkau kan matang
menjadi bahagia

Wednesday, September 13, 2006

Kertas RIndu Yang Putih

saat hujan mulai renyai
masih setia dia di situ
di palang besi sebuah hentian
duduk menunggu
sedang ituair air bertakung
di tepian jalan di tengah metropolitan
terpecik gatal terliur
mendakap putih betisnya

bilakah? bilakah?
mana janji?
sudahkah diutus?
atau masih belum dilakar
kertas rindu itu masih lagikah putih
tidak tersentuh?

saat matari mula terjaga
membuka selimut awan yang mendung
kuapannya menyimbah cahaya
ah! hujan pula di hatinya

Tuesday, September 12, 2006

Si Tukang Provokasi

dentum dentam
bising si pahat
kentung kentang
bising si tukul

riuh memahat
rumah tegaknya tiada
riuh menukul
hasilnya habuk semata mata

siapa memahat?
siapa menukul?

oh! si tukang provokasi rupanya.

Monday, September 11, 2006

Ingin

lantas ku berjalan
mengharungi lautan manusia
mencari sebuah kehidupan
tulus

masa berlalu pergi
aku terlewat
pada sebuah pintu
yang terkunci

katanya, angin yang berlalu
itu sapaan alam

ingin ku tulis rahmatMu
merah di atas dada
tertera di langit cerah
dunia

ingin ku sebut namaMu
pada setiap masa
untukku tahu bilamana
resah datang

ingin ku capai bintang
menyinari hatiku
menjadi sumbu yang menyala
di jiwa gelita

Saturday, September 09, 2006

Saegheh

lahirnya,
di tengah kalut dunia

acuannya,
darah mereka
marah kita
doa ummah sejagat

saegheh
ketarkan lutut mereka
dengan pekikanmu
hingga runtuh tembok durjana
biar kecut gagah mereka
biar kuncup megah mereka

saegheh
jadilah petanda amaran
sarang itu jika dicuit
segerombolan tebuan kuning
kan datang menyengat!

Thursday, September 07, 2006

Bola Yang Ku Lontarkan

bola yang ku lontarkan itu
adalah kata kata peringatan
yang digumpal dari cebisan cebisan kain
ciciran amanah mereka

bola yang ku lontarkan itu
adalah susunan ayat ayat teguran
yang ku ikat kemas
hanya dengan 5 tali hijau

bola yang ku lontarkan itu
adalah pesana
dalah peringatan
adalah teguran

mengapa lohong tapak tanganmu?

Sunday, September 03, 2006

kekecewaan

mereka mahu dibentangkan
bukti kata di dalam bentuk
angka dan fakta bersurat
bertaip kemas kalau boleh
dicop dengan rasmi
pegawai berkenaan
mesti mengikut saluran protokol
tidak mesti tidak
laporan isu itumesti lengkap sama seperti
seorang pelajar universiti
menyiapkan tesisnya

jika tidakbenang yang basah tidak boleh di tegakkan
jika siap semuanya
lengkap mengikut protokol
adakah benang yang kering
dapat jugakah berdiri tegak?

mereka alim bagai katak ditepi air
berhujah membelakang quran dan sunnah
namun tetap juga disokong hebat
demi dan untuk apa?

nantikanlah,
natijah kebohongan kalian.

Friday, September 01, 2006

Ad

dan terbaliklah sodom
dihujani ia dengan batu batu
dari tanah yang terbakar
"rasalah azabKU dan kesan amaran amaranKu
dan demi sesungguhnya!
mereka telah di timpa azab yang kekal
pada pagi pagi hari (esoknya)"


sebelumnya

diangkat sodom itu
oleh jibril dengan kedua sayapnya
hingga mencecah awan
hingga terdengar para penghuni langit
akan rintih binatang binatang di tanah itu
yang kesemua manusia telah dibeku kaku

sebelumnya

meraba raba mereka pulang ke rumah
menjadi buta mata mereka
akibat ditampar oleh jibril
atas tingkah laku kasar
biadap di hadapan Nabi Lut

sebelumnya

tinggallah Ad di Sodom
dikurniakan mereka badan yang tegap
dan ketangkasan yang tinggi
diutuskan kepada mereka, Lut
membawa cahaya keimanan
menyedarkan mereka tentang kebenaran iman
mengajak mereka meninggalkan perbuatan keji
mendatangi sesama jenis

tidakkah sama kita sekarang?
dalam pada riuh menjana keselesaan
kaum Ad mula berkembang biak
ingatlah, balasan tuhan itu amat cepat
tidak kira siapa
walau di mana sahaja
pada bila bila masa.