ibu,
anakmu ini sudah sebulan usianya
amat selesa di dalam rahimmu
luasnya buat diriku yang kecil
ibu, apakah kau gembira
mengetahui kewujudanku?
hari ini entah ibu kemana?
mungkin berjalan jalan menatap suria
dapat aku rasa pelbagai getaran
menjana keseronokan
beginikah nanti ibu?
engkau membawaku melihat awan
alam luas terbentang
ibu,
saat in usia ku 2 bulan
ingin aku memberitahumu
anakmu ini sihat
cukup segala sifat
sempurna fitrah kurniaan yang Esa
ketika ini apakah laku mu ibu?
adakah sedang sibuk mencari nama untukku?
bagaimana rupamu ibu?
bagaimana senyummu?
sehangat mana renungan kasih matamu ibu?
ibu, aku rindu padamu
rindu pada pelukan mesramu
adakah kau, rindu padaku?
3 bulan
hari ini, genap usiaku 3 bulan
hari ini, ibu membunuh ku...
tiada sempat aku menatap wajahmu
tiada dapat aku memanggilmu
dan merasai nikmat belaianmu
apakah salah dan dosa
adakah kerana terjahan kecil yang terlepas?
atau sarat aku ini menganggu rutin hidupmu?
aku ingin berbakti kepada alam
kepada tuhan,kepadamu
aku mahu mencium syurga di bawah tapak kakimu
tidakkah ibu sayang padaku?
ampunkan aku ibu
andai aku yang berdosa
Saturday, November 25, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment