Saturday, November 25, 2006

Pesanmu

katamu
kritik lah yang membina
bukan yang menjerumus pada kemusnahan
dan ku kata pokok itu seharusnya hijau
sungai itu sepatutnya jernih
dan awan bukan berjelaga
berjerebu
lalu tertuding jari hantu mu
"kufur nikmat!"

pesanmu
tegurlah kepincangan itu
dengan bernas dan waras
dengan niat maju bersama
lalu ku kata bangkai itu
bukan kertas sajinya
bukan kertas penyumbat hidung
lalu terhunus buku limamu
"pengkhianat!"

kau mahu aku mencarut kah?!

No comments: