Wednesday, October 26, 2005

Puteri

Tidak aku damba,

Si halus muluk,

Puteri Hang Li Po,

Bukan jua yang menawan,

Laksana Tun Teja,

Atau jua Tun Fatimah,

Jauh sekali yang anggun jelita,

Si Puteri Satunbong atau Sejinjang,

Tidak jua penambat hati,

Seperti Puteri lindungan bulan,

Bukan juga seperti Puteri,

Yang datang dari Gunung Ledang.

Tetapi aku medamba,

Yang canti dihati dan dimata,

Seperti Khadijah,

Yang sanggup berkorban,

Seperti Hajar dan Sarah,

Yang teguh pendiriannya,

Umpama Mashitah,

Juga seperti Sumaiyyah,

Yang baik budi pekerti,

Seperti Balqis dan jua,

Yang menjadi cahaya,

Laksana Aishah dan Fatimah,

Friday, October 21, 2005

Hukum Rimba

Kita tinggal disini,

Dihutan belantara besi,

Kita semua kesakitan jiwa,

Gila nama gila harta gila pangkat,

Kita gila pada dunia,

Yang tidak punya apa apa.

Kita pun menjadi lah,

Sekelompok manusia hina,

Ditengah kota bandaraya,

Maju membangun tanpa akidah,

Kita manusia pak turut jadian,

Dibawah peraturan ciptaan kita.

Kita yang lemah semakin lemah,

Yang kuat semakin besar taringnya,

Tiada lagi tonggak keadilan,

Kita manusia namun kita gila,

Kita manusia namun kita buta,

Merencana hidup pada hukum rimba.

Wednesday, October 12, 2005

Kupu Kupu Syurga

Anak anak kamu itu,
adalah kupu kupu syurga,
yang bebas berterbangan,
untuk digembirakan,
biarkanlah rumahmu,
dipenuhi dengan gelak tawa mereka,
kerana kegenbiraan mereka,
darjat mu diangkat,
setinggi mereka yang menangis,
takut pada tuhanNya.

Anak anak kita itu,
adalah kupu kupu syurga,
yang indah pelbagai warna,
jua yang kita corakkannya,
ciumlah kupu kupu syurga itu,
ia adalah milik kita,
mari kemari kupu kupu syurga,
aku muliakan dirimu dengan adab dan ilmu,
agar engkau bersedia,
menyahut cabaran dunia yang penuh pura pura.

Dimana Tuhan Mu?

Andai ada yang bertanya,
dimanakah tuhanmu?
disinikah atau disana?
ditimur atau barat?
selatan atau utara?

tanyakan pada mereka
dimanakah lemak didalam susu berada,
diataskah atau dibawah?
dikiri atau dikanan?
ditepi atau ditengah?

andai ada yang bertanya,
bagaimana kamu mempercayai,
pada tuhanmu yang tidak ternampak,
yang tidak dapat disentuh
malahan dirasa?

ajukan kepada mereka,
bagaimana mereka percaya kepada roh,
yang tidak ternampak oleh mata,
yang tidak dapat disentuh,
malahan dirasa?

CInta

cinta,
perlu ada harapan,
perlu ada kata kata,
terima dan menerima.

cinta,
perlu ada rindu,
perlu ada kasih,
ingat dan mengingati.

cinta,
perlu ada setia,
perlu ada janji,
percaya dan mempercayai.

cinta,
perlu ada pengorbanan
perlu ada kecewa,
suka dan juga duka.

cinta,
perlu ada benci,
perlu ada rajuk,
pujuk dan memujuk.

Tahu Dan Lupa

kadang kala kita tak tahu,
hikmah disebalik musibah,
kadangkala kita tak tahu,
yang mana benar yang mana salah,
tetapi yang selalunya,
kita buat buat lupa.

kadang kala kita tahu,
yang mana kaca yang mana intan,
kadang kala kita tahu,
yang mana amanah yang mana bukan,
tetapi yang selalunya,
kita buat buat lupa.

kerana kita manusia,
yang memilih untuk lupa,
pada batas batas agama,
kerana kita leka pada dunia,
yang tidak menjanjikan apa apa,
kecuali kontang hati yang hitam.

Fikir Fikir

Berfikir kita,
tentang kehidupan,
apakan terjadi dimasa hadapan.

berfikir kita,
tentang pahala dosa,
tergolong mana kita syurga atau neraka?

berfikir kita,
tentang sahabat handai,
daya kita membantu mereka.

tetapi,
bagaimana pula ayahanda bonda?

Pergilah

pergilah,
kalau itu pilihanmu,
aku tidak akan terjejas,
dalam apa jua perkara.

pergilah,
andai itu keputusanmu,
kerana jika engkau milikku,
engkau akan kembali kepadaku.

dan jika tidak,
akan ada yang terbaik,
selain dari dirimu,
khas untukku.

kesunyian akan wujud,
tapi hanya sementara,
nanti akan ada suara,
meriuh kembali suasana.

Tidak Sedekat Itu

Sejauh mana pandangan mata,
tiada sedekat itu kasihku,
tiada terlampau pula ia.

seterang mana cahaya mentari,
tiada semalap itu rinduku,
tiada terlalu pula ia.

setinggi mana gunung itu,
tiada serendah itu hormatk,
tiada berlebihan pula ia.

tiada pula terlalu memuja,
tiada terlampau pula harapan,
tiada berlebihan madah pujangga.

sekadar cukup membuah kasih,
ikhlas dariku sepenuh hati,
semoga kita kekal abadi.

insyaAllah...

Dua Dunia

Dunia kita ada dua,
satu siang satu malam,
keduanya berpenghuni,
dengan pelbagai wajah,
warna warna menghiasi,
dunia itu laju,
manusianya berpusu pusu,
bagaikan anai anai,
yang membawa busut,
kembang ke atas,
tetapi asasnya goyah,
hanya memenuhi kehendak
kemahuan kendiri,
bak kata tok guru,
ketidakhirauan tuntutan,
bagai gantang dipenuhi melukut,
hiduplah untuk akhirat,
dunia pasti akan ikut.

Kerana Pulut Santan Binasa

hari ini aku tahu apa maksudnya,
terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata buruk padahnya.

hari ini aku tahu maksudnya,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

cuma aku tidak tahu apa caranya,
menawarjan bisa yang meracun,
pedih hati ditusuk sembilu.